Peraduan "Hora Horey mStar-Bangi Wonderland!"

  1. Tempoh Peraduan: 12 Mac 2018 hingga 14 Mac 2018.
  2. Bagaimana untuk menang?
    • Peserta perlu mengambil gambar bersama artikel tentang Bangi Wonderland yang disiarkan dalam mStar Online bertarikh 9 Mac 2018.
    • Muat naik gambar berkenaan di Instagram atau Facebook berserta keterangan yang dirasakan menarik, dengan #mstarbangiwonderland .
    • Lima (5) pemenang akan dipilih setiap hari berdasarkan kreativiti gambar penyertaan mereka.
  3. Hadiah Peraduan
    • Empat (4) tiket masuk ke Bangi Wonderland bagi setiap pemenang.

Terma & Syarat


SILA BACA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SECARA TELITI SEBELUM MENYERTAI PERADUAN "HORA HOREY MSTAR-BANGI WONDERLAND!" ("PERADUAN") KERANA IA MENGANDUNGI SYARAT-SYARAT SAH DAN KEWAJIPAN YANG MENGIKAT DAN MELIPUTI HAD-HAD ATAUPUN PENGECUALIAN LIABILITI. PESERTA-PESERTA AKAN DIANGGAP MEMAHAMI DAN SETUJU UNTUK MEMATUHI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT DENGAN SEPENUHNYA SEKIRA PESERTA MENYERTAI PERADUAN INI.

JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN, ANDA SEHARUSNYA TIDAK MENERUSKAN PENYERTAAN ANDA DALAM PERADUAN INI.

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh Star Media Group Berhad ("Pihak Penganjur") dan ditajai oleh Wonderland (Bangi) Theme Park Sdn. Bhd. ("Pihak Penaja") dan dibuka kepada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada 1 Januari 2018 ("Peserta"). Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

    • Kakitangan Pihak Penganjur dan Pihak Penaja (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat sekutu dan pihak yang berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri); dan /atau
    • Wakil-wakil, kakitangan dan/atau pekerja-pekerja Pihak Penganjur dan Pihak Penaja (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu dan pihak yang berkaitan, dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri).
  2. Peraduan ini akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 12 Mac 2018 (12.01 pagi) hingga 14 Mac 2018 (11.59 malam). Penyertaan sebelum atau selepas tempoh Peraduan yang ditetapkan tidak akan diterima.

  3. Pemenang akan dihubungi menerusi penghantaran mesej ke laman Facebook atau Instagram pemenang. Jika pemenang gagal menjawab mesej dalam tempoh masa tiga (3) hari selepas Pihak Penganjur menghantar mesej tersebut, hadiah yang diperuntukkan kepada pemenang tersebut akan dibatalkan. Semua hadiah haruslah dituntut daripada Pihak Penaja di kaunter tiket Bangi Wonderland dari 17 Mac 2018 hingga 31 Mac 2018.

    Bukti kemenangan dan pengenalan diri perlu dibawa bagi menebus hadiah Peraduan.

  4. Setiap Peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.

  5. Hadiah bergantung kepada sama ada ia boleh didapati atau tidak. Pihak Penganjur berhak untuk menukarkan atau menggantikan hadiah dengan hadiah lain atau produk yang sama nilainya pada bila-bila masa yang dianggap sesuai oleh Pihak Penganjur.

  6. Hadiah tidak boleh ditukar untuk tunai, kredit atau mana-mana hadiah, tidak kira sebahagiannya atau secara keseluruhan.

  7. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta mengakui bahawa Pihak Penganjur dan Pihak Penaja dikecualikan daripada jaminan dan/atau liabiliti yang berkaitan dengan penggunaan hadiah dan/atau Peraduan. Peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika ada kes-kes liabiliti, kemalangan, kecederaan, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan termasuk kematian yang berkaitan dengan penyertaan Peraduan dan/atau tuntutan/penggunaan hadiah.

  8. Semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyertaan Peraduan ini seperti kos pengangkutan, pos, kos peribadi dan kos-kos yang lain kena ditanggung sepenuhnya oleh pemenang/Peserta. Pemenang juga perlu mematuhi undang-undang, ketetapan, terma-terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Penaja (jika ada).

  9. Jika Peraduan ini terganggu dengan apa cara sekalipun atau tidak dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan atas apa-apa alasan /keadaan yang menjangkaui kawalan Pihak Penganjur, Pihak Penganjur berhak pada bila bila masa mengubah syarat-syarat dan/atau terma-terma Peraduan ini, menangguhkan dan/atau membatalkan Peraduan ini tanpa sebarang notis awal.

  10. Data peribadi Peserta adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA")

    • PDPA memberi kuasa kepada Pihak Penganjur untuk memproseskan data peribadi Peserta (“Data Peribadi”). Notis ini dikeluarkan untuk memaklumkan Peserta-peserta bahawa pemprosesan Data Peribadi mereka adalah tertakluk kepada dasar-dasar yang berikutnya.
    • Semua informasi (termasuk Data Peribadi) yang dihantar oleh Peserta menerusi penyertaandalam Peraduan ini akan menjadi milik Pihak Penganjur dan setiap Peserta bersetuju bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan sebarang atau semua maklumat tersebut bagi tujuan editorial, pemasaran, dan apa jua tujuan sekalipun yang berkaitan dengan Peraduan ini.
    • Data Peribadi Peserta akan disimpan secara sulit/rahsia oleh Pihak Penganjur tetapi Peserta bersetuju bahawa Pihak Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi yang berkenaan kepada pihak ketiga yang berikutnya sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar Malaysia bagi tujuan yang didedahkan di sub-perenggan (2) di atas: -
      • Mana-mana rakan kongsi atau kontraktor yang berkaitan dengan Pihak Penganjur.
      • Ejen bagi Pihak Penganjur atau kontraktor yang di bawah kewajipan kerahsiaan kepada Pihak Penganjur seperti pihak adminsitratif, telekomunikasi, pemprosesan data dan servis lain kepada Pihak Penganjur menerusi Peraduan ini (tidak terhad kepada penasihat professional, penyedia khidmat panggilan pelanggan, pusta penebusan hadiah atau syarikat kemasukan data);
      • Mana-mana anak syarikat dan/atau syarikat sekutu yang berkaitan dengan Pihak Penganjur;
      • Mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang/badan berkaitan undang-undang, peraturan, kod atau garis panduan atau mana-mana individu atau entiti yang berhak memberi perintah pendedahan kepada Pihak Penganjur.
    • Akses: Peserta-peserta mempunyai hak untuk akses dan membetulkan Data Peribadi mereka. Tiada apa-apa di bawah terma-terma & syarat-syarat ini menghadkan hak-hak mana-mana Peserta yang diperuntukkan di bawah PDPA.
    • Klik pautan ini untuk melayari Privasi Polisi penuh Pihak Penganjur. Jika anda tidak mahu menerima informasi terbaharu mengenai produk, berita, majlis, ganjaran, atau promosi, anda boleh menghubungi 03-7967-1388 sambungan 1178 / 1252 (mStar.com.my) ataupun menghantar email ke [email protected].

  11. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah terma-terma dan syarat-syarat Peraduan ini pada bila-bila masa dan Peserta dinasihatkan untuk menyemak laman web dari masa ke semasa bagi melihat sebarang perubahan syarat-syarat dan terma-terma Peraduan ini.

  12. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang permohonan dan/atau rayuan tidak akan dilayan.

  13. Jikalau Peserta-peserta memerlukan informasi-informasi yang lain, sila hantar email ke [email protected].